Jaket Kalis Peluru Pakaian Dalam DeLuxe EnGarde Malaysia.

Jaket Kalis Peluru ini adalah hanya untuk mereka yang berkehendakkan prestasi yang tidak boleh di kompromikan dan ia merupakan pilihan terbaik untuk pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota-anggota keselamatan. Ianya adalah Jaket Kalis Peluru yang boleh diubah suai dan menggunakan 100% bahan DYNEEMA® untuk memberi perlindungan yang maxima. Berat Jaket Kalis Peluru ini adalah kurang daripada 1.9kg (4.2lbs).

Di bahagian hadapan, belakang dan kedua-dua belah tepinya mempunyai perlindungan dari senjata api bertahap 111A seperti yang ditentukan oleh NIJ.

Spesifikasi
Bahan Ballistik: DYNEEMA®
Teknoloji Ballistik: ENGARDE111A-PRO
Bahan Pembawa: Sulaman Kain Kapas
Tahap Perlindungan NIJ: 111A
Berat: 1.9kg (4.2lbs)

Pilihan
Warna: Hitam/Putih

Chaleco interior EnGarde DeLuxe

Klik gambar untuk diperbesarkan.

 

 

 

Jaket Kalis Peluru Eksekutif EnGarde Malaysia

Jaket jenis Eksekutif ini adalah suatu produk kalis peluru yang tidak ada tokok bandingnya dibuat bertujuan untuk memberi satu solusi yang unik untuk orang-orang yang menjalankan fungsi eksekutif. Ianya adalah sangat bersesuaian untuk ahli-ahli politik, saudagar-saudagar dan juga pengawal-pengawal keselamatan.

Jaket Kalis Peluru ini beratnya hanya 2.5kg (5.5lbs) dan memberi pemakainya lindungan optima bertahap 111A yang ditetapkan oleh NIJ. Jaket jenis Eksekutif EnGarde ini bukan sahaja melindungi pemakainya dari bahagian hadapan dan belakang tetapi juga dari bahagian tepi.

Spesifikasi
Bahan Ballistik: DYNEEMA®
Teknoloji Ballistik: ENGARDE111A-PRO
Bahan Pembawa: Kapas Tulin (beratnya 180g/m2)
Tahap Perlindungan NIJ: 111A
Berat: 2.5kg (5.5lbs)

Pilihan
Warna: Hitam


Klik gambar untuk diperbesarkan.

 

 

Jaket Kalis Peluru Jaguar EnGarde Malaysia

Jaket jenis Jaguar ini adalah jaket kalis peluru yang tertutup dihadapan dan bermutu tinggi, dibentuk dengan tujuan memberi perlindungan di atas pakaian untuk orang-orang yang bekerja di dalam suasana di mana terdapat ancaman dari pistol dan senapang dan senjata yang serupa. Amat sesuai untuk digunakan oleh pasukan polis, keselamatan dan juga untuk kakitangan yang bertugas di padang tembak.

Berat jaket ini adalah 3.6kg (7.9lbs) dan memberi pemakainya perlindungan optima. Tahap 111A yang ditetapkan oleh NIJ. Jaket Jaguar ini bukan sahaja memberi perlindungan kepada bahagian hadapan, belakang dan tepi tetapi juga dibahagian bahu dan leher.

Spesifikasi
Bahan Ballistik: DYNEEMA®
Teknoloji Ballistik: ENGARDE111A-PRO
Bahan Pembawa: Nylon (beratnya 220-240g/m2)
Tahap Perlindungan NIJ: 111A
Berat: 3.6kg (7.9lbs)

Pilihan
Warna: Hitam/Biru Laut


Klik gambar untuk diperbesarkan.

 

 

   

Jaket Kalis Peluru Jenis Pakaian Dalam Dwi Fungsi EnGarde Malaysia

Jaket jenis Pakaian Dalam yang Berdwi Fungsi ini adalah pilihan yang amat sesuai untuk pegawai-pegawai pencegah undang-undang yang ada masanya perlu perlindungan tambahan daripada tembakan yang begitu pantas atau daripada ancaman machine gun.

Jaket Dwi Fungsi ini adalah Pakaian Dalam DeLuxe yang mempunyai dua saku tambahan yang membolehkan kepingan bagi (10” x 12”) Tahap 111 DYNEEMA® yang ringan dilekatkan. Kepingan-kepingan besi ini akan dapat memberi perlindungan yang lebih baik terhadap kecederaan badan atau keterkejutan (blunt trauma) serta berdaya membalas tembakan semasa terkena peluru.

Berat jaket ini adalah dibawah 1.9kg (4.2lbs) tanpa barang-barang yang diselitkan dan 4.8kg (10.6lbs) setelah diselitkan barang-barang bertahap 111 yang ditentukan oleh NIJ.

Spesifikasi
Bahan Ballistik: DYNEEMA®
Teknoloji Ballistik: ENGARDE111A-PRO
Bahan Pembawa: Sulaman Kain Kapas
Tahap Perlindungan NIJ: 111
Berat: 1.9kg/4.2lbs (vest sahaja)
Berat: 4.8kg/10.6lbs (dengan kemasukan 2 kali bahan DYNEEMA® bertahap 111

Pilihan:
Warna: Hitam/Putih/Biru Laut


Klik gambar untuk diperbesarkan.

 

 

Jaket Kalis Peluru Jenis Panther EnGarde Malaysia

Jaket jenis Panther ini adalah dibuat bagi mencapai matlamat kerja pasukan polis yang mengabungkan ciri-ciri perlindungan maxima dan pergerakan yang tidak dapat ditandingi. Tahap perlindungan ini dapat dipertingkatkan ke NIJ Tahap IV dengan meletakkan lapisan besi di hadapan dan belakangnya. Jaket ini juga mempunyai bahan pelindung bahu/leher yang boleh ditanggalkan.

Spesifikasi
Bahan Ballistik: DYNEEMA®
Teknoloji Ballistik: ENGARDE111A-PRO
Bahan Pembawa: Nylon (beratnya 180-240g/m2)
Tahap Pelindung NIJ: 111A (vest sahaja)
Berat: 4.5kg/10lbs (vest sahaja)
Tahap Pelindung NIJ: IV (vest + selitan)
Berat: 10.3kg/22.5lbs (dengan 2x Tahap IV seramik/aramid ICW yang diselitkan)

Pilihan
Warna: Biru Laut
Alat perlindungan di bahagian antara badan & paha yang boleh dipisahkan dari jaket.


Klik gambar untuk diperbesarkan.

 

 

Jaket Kalis Peluru Dragon EnGarde Malaysia

Jaket jenis Dragon ini adalah suatu perkembangan yang terbaru di dalam pembuatan jaket kalis peluru untuk angkatan tentera. Syarikat EnGarde Malaysia mencampurkan bahan-bahan dengan begitu tepat supaya jaket ini dapat memberi perlindungan yang lebih baik. Jaket jenis Dragon ini adalah ringan dan begitu tahan lama.

Spesifikasi
Bahan Ballistik: DYNEEMA®
Teknoloji Ballistik: ENGARDE111A-PRO
Bahan Pembawa: Nylon (beratnya 240-320g/m2)
Tahap Perlindungan NIJ: 111A
Berat: 4.5kg/10lbs (vest sahaja)
Tahap Perlindungan NIJ: IV (vest + bahan lain yang diselitkan)
Berat: 10.3kg/22.5lbs (dengan 2x Tahap IV seramik/aramid ICW yang diselitkan)

Pilihan
Warna: Woodland/Desert Camouflage
Alat perlindungan di bahagian antara badan & paha (groin) yang boleh dipisahkan dari jaket.


Klik gambar untuk diperbesarkan.